BERKIRA?



PART 1

Ok, so far aku banyak tengok orang bercakap isu semasa pasal Awang : 


JANGAN BIAR WANITA (ISTERI) TERLALU BERDIKARI CARI DUIT SENDIRI & DUIT DIA LAGI BANYAK PADA SUAMI.

Explanation : benda tu boleh buat isteri jadi kurang / tidak hormat lagi pada suami.


Dalam isu ni aku tengok ada 2 pulak pecahan dia.

1. Betul isteri jadi tak bersyukur.

2. Isteri jadi terbeban sebab last-last dia pulak jadi provider dalam family bilamana suami start lepas tangan.


PART 2

Untuk side aku,

Aku dari awal lagi dah cuba control diri aku ni sebab aku tahu lah aku punya dark side macam mana kan. Aku tau aku kalau ada duit, habis lah semua 😆 mana dengan borosnya, belagak, terlalu permurah, guna duit tak guna otak.


Pastu dalam kita menjinakkan kyubi dalam diri ni, boleh pulak orang terdekat suruh p kerja. Boleh ada duit sendiri katanya. Nak beli papa senang. Laki pun senang nak menumpang. Allahu, aku risau. Serius risau weh. Kalau Allah permudahkan ni, habis la hangpa.


Terutama untuk Shafiq.


Makin hari makin meminta ya hang. Nak p bercuti, aku ok lagi keluarkan dulu duit sendiri. Nanti bayar lah. Tapi hang sekali lagi mengungkit bab duit ya. Ni kali ke2 libatkan family aku & aku. Aku ni bini hang tau!


1. Masa balik kampung, tanya nak makan kat mana. Pekan Serdang tu mana banyak kedai makan sedap. Ajak p Wambit. Pastu dia p bayaq semua lah. Malu kalau ayah yang bayaq. Balik tu lalu kedai tomyam. Dia kata kenapa tak p situ ja. Makan pun murah sikit. P Wambit tu makanan mahal-mahal. Maksudnya macam kami (aku,mama,ayah) memilih makan nak mahal-mahal, sedap-sedap lah. Dan dia tak mampu nak provided pun benda tu. Mula ungkit duit habis dah baru tak smapai 1 hari balik.


2. Masa p Langkawi baru ni. Duit guna duit aku dulu. Bila dah total-total semua, hang guna 600 lebih duit aku untuk kos hang dengan mak hang. Semalam sembang bab tu, hang kata yang nampak memang yang 300 lebih bayaq duit baju mak beli tu. Yang tak nampak? Duit tiket bas? Ok tiket bas tu tiket aku ngan Safiza. Kan aku  balik awal sebab nak jumpa doktor gigi. Jadi RM43 + RM43 = RM86. Dia ungkit duit tiket RM43 aku tu ya! Walaupun tak mintak cara direct, tapi aku dengaq, aku paham la kan. Itu pun nasib bab makan kat sana ayah yang banyak sponsor. Niat buat kenduri. Aku bagi 200 duit mama untuk dia p bayaq duit minyak, makan biasa-biasa ni. Sebab tau dalam akuan tak dak duit. Kena bayaq saman vios owner dulu 300. Lani awat tak ungkit kat makn beli baju 300? Kenapa duit bas?


Aku dah jem pala otak ni. Nak p buat kira-kira sat, tolak kos yang dia pakai duit dia tu siap-siap. Hang yang mula benda ni, jangan menyesal. Tu ja aku nak pesan 😤


PART 3

Aku kalau nak ungkit, lagi banyak aku boleh ungkit. Tapi aku cuma mampu cerita kat AA ja benda-benda ni. Berapa lama dah aku redha ja tak dapat duit nafkah bulanan yang hang sendiri setuju nak bagi 200/bulan tu? Berapa lama dah aku beli skincare aku apa semua pakai duit sendiri? Berapa lama aku sabaq nak mintak beli hat dalam-dalam ni sampai benda koyak pun aku pakai ja lagi. Nak makan apa banyak cari duit sendiri ja sebab malas nak susahkan hang baik beli sushi RM30 tu ja. 


Cuma aku pikir sekali sekala kena mintak gak supaya hang tak lupa terus tanggungjawab hang tu. Aku tau hang banyak korban, tapi aku pun banyak korban. Turunkan standard aku supaya sama level dengan kemampuan hang. Kawal nafsu sendiri jangan ikut pala sendiri, itu pun sekarang pakat dok cucuk suruh aku cari kerja, ada duit sendiri yang jauh lebih mewah bagi aku. Kalau dapat sebulan 600 pun aku prtik jari ja, inikan 2000 weh 😏


Ni bukan aku berkira apa aku korban. Aku terasa hati cara balasan yang aku dapat lepas aku korban. Hang mengungkit! Ungkit benda yang memang t anggungjawab hang!


Seriously, I'm done!

RM43 pun dah petik, I'm really-really DONE!

My Depresstension (Part 1)


Since aku sekarang dah ada kawan untuk meluah & dia pun ada tolong suggest apa nak buat, aku rasa aku nak masukkan kat sini. Supaya nanti aku ingat apa point dia 💁

Mostly yang aku baca memang ramai jugak punca jadi depress ni seawal zaman kanak-kanak. Kira kenangan zaman kanak-kanak tak seindah di TV. Aku salah sorang daripada mangsa kisah lalu. Ni list benda yang aku ingat zaman kanak-kanak aku yang terluka 💔:

  1. Cara mama besarkan aku dengan ugutan. Kalau buat ini nanti ini.
  2. Jangan keluar rumah nanti itu,nanti ini. Sampai nak p kedai pun aku tak berani p sendiri.
  3. Ayah takda masa sangat dengan aku sebab kerja. Jadi dia cuma layan benda yang dia sempat. Takda sesi luahan hati, tanya ok ka tak. Takda.
  4. Dekat sekolah aku sering dibuli. Dari darjah 1 sampai 6. Tapi aku tak pernah cerita dekat sapa-sapa sebab takut.
  5. Aku biasa kena amang seksual dengan sepupu aku. Jadi aku tak trust dengan lelaki. Aku takut & perbuatan ke arah itu sangatlah bagi trauma dekat aku.
  6. Apa aku bagitahu dekat mama terutamanya soal serius macam kesihatan, mama kurang percaya. Aku cakap aku tak nampak tulisan dekat whiteboard pun mama kata saja mengada nak pakai spek.
Jadi zaman kecik aku dah develop bab trust issue. Aku memang..
  • tak cerita masalah
  • tak percaya orang
  • tak suka disentuh lebih-lebih
  • rasa bersendirian, lonely
  • takda self confident, totally out
  • tak berani nak menghadap dunia luar termasuk orang-orangnya

Itu fasa kanak-kanak aku. Now masuk fasa remaja, 13- 17. Zaman sekolah menengah.

Zaman dimana dah start nak ada pakwe tapi mak ayah tak bagi 😆. So kawan senyap-senyap ja HAHAHA! 😂 Untuk selamat, aku pilih cari budak sekolah lain jadi nak jumpa susah. SMS dengan call saja hari-hari, kalau jumpa pun masa cuti tu pun sebulan sekali kadang. Nama pun cinta monyet, monyet jumpa pisang dia lari la kan. Aku pulak jenis tak kisah, hang nak p, p ja lah. Takdanya aku nak berjuang bagai. Apatah lagi nak p serang pompuan tu. You wanna go, then go! 😏

Semua ulang-ulang sampai la kejadian masa hujung tahun form 4. Bila mana paksu dengan bakal maksu aku mula masuk campur pasal hidup aku 😑. Depa kenal sapa boyfriend aku masa tu. Nak jadi cerita, kantoi member buat bukan-bukan dalam kereta paksu aku masa paksu nak hantar dia balik lepas makan-makan dekat rumah aku. Apa lagi, paksu aku p mengamok la dekat sekolah. Cari mana budak laki tu. Aku yang noob ni tak tahu cerita pastu ada yang sampaikan. Katanya paksu aku p cari dekat asrama, bawak keluar p setel kat luar. Pastu benda tu pun tersebar la dikalangan cikgu-cikgu pulak 😒 

Cikgu dok cari aku masa tu tapi selalunya bernasib baik kau ni. Cikgu tak kenal 1 hal, nama pun lain hahaha orang panggil Teena, nama sebenar lain. Susah nak detect aku. Habis cerita form 4, sambung awal tahun form 5 pulak. Aku ingat setel dah. Ada lagi isu rupanya. Yang ni aku tak tahu punca dari mana tapi macam kecoh jugak sekali lagi kat bilik guru 😩 Ini kali cikgu kenal. Masuk kelas dok perli aku kata ada orang lain walaupun dah ada pakwe. Aku macam pelik, blur-blur ubi dah masa tu. Apa cerita sebenarnya ni?

Rupanyaaaa, depa kata punca aku ngan boyfriend form 4 putus sebab aku ada orang lain. Padahal budak tu yang kantoi kawan dengan member aku sampai dok bawak naik moto keluar malam p lepak Penang la bagai. Itu pun aku tahu pasal member aku sorang lagi yang bagitahu. Dia kata dia dah tak sanggup nak simpan rahsia. Dia pun berbulu jugak sebab yang pompuan ni pun member aku. Bersama-sama satu kelas masa form 2-3 dulu. Jadi dia cerita la jugak. Aku macam aku la, hang nak p, p ja lah. Ada kau kesah ka? Tapi cerita tu cikgu tak tahu, depa nampak aku tiba-tiba kawan dengan budak kelas lain ja HAHAHAAH! 😂 Halah-halah cikgu pun. Gosip pasal budak sekolah dah macam gosip Pajura ngan Patah. Sampai ke pengetua tau ya. Call aku petang masa cuti sekolah. Aku ingat lagi dia kata apa...

"Assalammualaikum, Ni ****** ka? Kelas 5 Berlian?"
"Waalaikumussalam, ya saya."
"Ni Puan ****, pengetua kamu."
"Ya Puan. ada apa-apa boleh saya bantu?"
"Saya dengar kamu ada buat hal dekat sekolah. Apa nak jadi kamu ni? Kamu muda lagi tau. Saya taknak ada kes bukan-bukan ya. Tahu-tahu saya dapat cucu sorang lagi dekat sekolah."
"Astaghfirullahalazim, cikgu cakap apa ni? Saya tahu saya ada buat salah tapi saya tak lah bodoh sampai macam tu sekali nak rosakkan hidup saya. Cikgu ni cikgu saya walaupun tak mengajar saya. Patutnya doakan yang elok-elok. Kenapa cikgu boleh cakap macam tu dekat murid cikgu?"

1st time ya aku cakap macam tu dekat orang, cikgu pulak tu, pengetua pulak tu! 😠

"Takda la saya ingatkan saja. Kalau kamu cakap macam tu bagus lah. Jangan rosakkan masa depan kamu dengan perkara blablabla.... Saya nak tegur itu saja. harap kes ni selesai elok. Assalammualaikum."

Nasib masa tu aku tengah lepas dalam bilik rumah sepupu aku weh. Takda la aku nak nangis tak tentu pasal. Aku blah balik rumah gitu ja sambung tekanan kat bilik sendiri. Sedapnya lahai mulut tu cakap anak murid macam tu. Dapat cucu baru ye? Huhh! 😒

Habis bab tu, patah balik bab boyfriend. Boleh pulak member kaki jeles ikut dan. Habis SPM nak p kerja sementara pun tak bagi. Dia kata kilang ramai laki. Nak sambung belajaq pun tak bagi, nanti ramai laki. Apa bendakah ini? 😓 Lama-lama aku pun tak tahan aeh, time kerja dok call suruh angkat jugak-jugak. Putus, senang cerita. Benda bagi aku serabut, aku takmau simpan-simpan. 

Setel masalah zaman sekolah menengah. Inilah masa yang dinanti-nantikan, sambung belajar. Aku apply semua luar Kedah. Dok aim boleh pantai timur la. Alhamdulillah dapat Kelantan walaupun target nak p Terengganu hihi 😁

(sambung part 2...)

KALAU JATUH LAGI, APA NAK BUAT?

Seperti yang telah terjadi pada tanggal 18 Disember 2021, banjir besar melanda Shah Alam dan Padang Jawa turut terlibat. Lepas kejadian tu, bisnes aku pun makin menurun-menurun-menurun sampai rasa totally give up. Tapi darah keushawanan mengalir dalam tubuh ni cakap "DONT GIVE UP TEENA!"








Tahun 2023 baru aku start balik aktif sepenuhnya. Untuk peringatan sendiri, aku kena taip macam mana cara aku start dulu meniaga & macam mana aku cuba bangkit kali yang ke berapa ratus tak tau lah. Supaya.... kelak kalau jatuh lagi, aku dah ada module nak rujuk hikhikhik!


  1. LAYAN DULU PERASAAN : Kalau dah mula rasa nak give up tu,layang ja dulu sebab otak tengah serabut tu. Hati pun tak tenang. Jadi kalau masa ni dok pulun jugak nak buat apa-apa memang kelaut dalam jadinya nanti. Cumanya jangan lama-lama. Cukup 1-3 bulan rehat. Rehat bebetul ya time ni. Kasi jernih balik pikiran.

  2. CARI LEADER YANG JUAL BANYAK PRODUK : Cari leader besar yang ada jual pelbagai produk supaya boleh jadi dropship barang viral. Kenapa barang viral? Sebab nak order laju & boleh cepat kumpul modal balik. Kalau jual barang tak berapa laju permintaan, lambat la nak boleh untung. Benda kalau dah biasa cepat, tiba-tiba lambat, dia macam cepat bosan tau.

  3. RAJIN PROMOT SAMPAI SENDIRI RASA NAK MUNTAH : Kena buat konsisten supaya orang nampak kita walaupun jatuh, tapi kita tak stop ya. Kita malah pulun lagi walaupun pakai gambar leader ja hahaha. Sokay, janji meriah wall. Buat-buat-buat sampai boleh pegang stok sendiri. Jadi dropship ni jimat. Tak payah beli bubblewrap, kotak, sticker thermal la bagai.

  4. JAGA DUIT KELUAR MASUK : Bila dah berjaya ambik stok dekat tangan, jaga cash flow. Awal-awal tu normal lah lari timing sikit but cuba ya untuk jaga. Kalau ada hutang, setel siap-siap dulu hutang awal-awal ni. Modal jangan kacau, bayar pakai duit untung ja dulu. Konsistem ambik stok kuantiti sama ja takyah rushing-rushing. Kita tengah jaga diri kita sendiri ni, bukan pandangan orang, bukan pendapat orang.

  5. CARI TEAM SEMULA : Kalau dah ada stok kat tangan, boleh start ambik team. Tak perlu ramai-ramai pun. Bagi ada ja dulu. Depa nak aktif ka dak tu terpulang. Yang penting SPAM GROUP TEAM SAMPAI LEBAM~  Bila depa dah lebam, depa pun akan auto aktifkan diri sendiri. Yang kebal, abaikan huhu.

  6. MARKETING 24 JAM ON : Yang ni nadi bisnes. Keep promoting your products & your brand. 

  7. JANGAN TERLALU MENGENANG MASA LALU : Sekarang fasa baru dalam bisnes. Fokus saja yang baru. Yang lama sekadar tengok yang bahagia-bahagia & yang buruk ambik buat peringatan. Jangan ulang benda buruk banyak kali. Hat elok-elok, fokus & kembangkan bagi lebih baik.

Teruntuk diri sendiri, hang memang tau hang jenis susah nak give up pasal bisnes. Otak hang memang 24 jam onz idea baru. Otak hang memang dilatih cari solusi macam mana nak terus bertahan dalam kesulitan bisnes. Sebab bisne shang ni dalam circle hang saja. Dia tak masuk circle orang macam kerja makan gaji. Jadi hang sendiri yang control semua benda. Kalau terbabas tu sebab hang sendiri tak pandai control. Jadi beringat semua benda yang besa jadi. Elak kalau jumpa lagi benda yang sama. Plan siap-siap apa nak buat kalau benda tu jadi lagi.

Hidup memang takdak peluang ke-2 macam drama Korea tapi kesempatan, selagi bernyawa, tetap ada. Bila nak mula, itu atas diri sendiri.

Love,
Thenarich