رزق


Assalammualaikum.. pagi-pagi dah telan kue raya, rasa macam nak demam je. Kerana, aku lapar nasi bukan kue raya hihi. Tapi Alhamdulillah, ada jugak rezeki pagi-pagi Isnin yang serum ni (bukan suram).

Sebut pasal rezeki, mesti anda-anda pernah dengan peribahasa “Tuah Ayam Nampak Di Kaki. Tuah Manusia? Boleh Makan Ayam!” err takda lah.. bukan itu k adik-adik. Korang jangan ambil ajaran-ajaran sesat kat blog ni tau. Merana hidup nanti. Peribahasa yang betulnya ialah “Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu.” Haaa maksud dia lebih kurang “Tiada Orang Dapat Meneka Untung Malang Nasib Seseorang.”

Apa kena mengena ayam dengan tuah manusia? Itu lah, yang atas tu. Tuah manusia boleh makan ayam. Haha. Tuah aku, bertuah punya budak. Itulah ayat mama aku selalu cakap bila aku wat nakal-sikit. Ini bukan kira mulut mama aku masin ke, mulut jiran aku tawar ke tapi ini kehendak Allah. Apa mak kita cakap kat kita, itu semua doa tau.

Apabila hilangnya seorang insan yang bergelar ibu di dunia ini , maka hilang lah juga satu nikmat Allah iaitu doa seorang ibu.”

Jadi, untuk bakal-bakal ibu dan mungkin anda seorang ibu sekarang, sila cakap benda yang baik-baik kat anak anda. Jangan sumpah seranah dia bukan-bukan. Dah la korang sumpah dia, jadi betul, korang kata memang ko macam tu kan?? Kamon lah.. sedar tak sedar, itu mungkin salah satu doa (kata-kata) korang satu masa dulu. Latih diri (terutama mulut) untuk cakap perkara baik-baik. Kalau ye pun nak marah anak, guna bahasa kiasan yang indah macam “Wahai anak ku yang baik hati, ibu dah letih nak kemas rumah. Janganlah dikau sepahkan mainan mu wahai anak ku. Kalau tak ibu bako je mainan tu. Kalau tak nak ibu bako, adik pergi kemas k.” (sambill wat muka serius). Biar la anak anda nak gelak guling-guling ke, sampai pengsan ke. 40 kali anda sebut benda tu dan diselang seli dengan cubitan manja, pasti dia mengerti jua.



..lari tajuk la..

Encik Amry idaman hati.. hikhikhik (itu bkn ketawa, tapi sedih)
Bila boleh dapat tak taw.


Ok, sekarang nak jadi diri aku pulak, bukan seorang ibu sebab benda tu lagi 2 tahun ok. (aaminn)
Satu ketika dahulu, tak da la dahulu sangat kan tapi dah lama la jugak. Aku pernah beria-ia sangata minta Allah kurniakan apa yang aku dapat sekarang ni. Bersungguh-sungguh aku minta pada Allah. Bila dah dapat, aku happy. Kadang-kadang lupa sapa yang bagi semua tu. lupa nak ucap syukur. Teruknya aku. Aku pernah hilang “rezeki” aku. Lepas hilang baru aku sedar, semua tu bukan milik aku. Milik Allah S.W.T. jadi, lepas pada tu aku tak terlalu berharap pada manusia untuk bagi aku apa aku nak sebaliknya aku doa pada Allah.

Indah. Itu yang aku rasa saat doa aku dimakbulkan Allah. Banyak benda yang aku dapat sekarang hasil Doa yang bertahun-tahun dulu, doa bulan lepas, minggu lepas dan segala bagai. Bukan nak riak ka apa tapi aku nak sampaikan bahawa kalau korang nak apa-apa, korang hajat sangat nak benda tu, minta pada Allah. Dia akan bagi, adakalanya lebih baik dari itu. Tapi bila dah dapat, jangan lupa diri. Kadang-kadang Allah nak uji je.

Pesan pada diri, jika benar ini rezeki aku, tolong jangan lupa diri. kawan-kawan, aku masih Suhaida yang korang kenal dulu walau apa pun aku waktu itu (waktu korang jumpa aku lah nanti.
Rezeki ada dimana-mana, doa, usaha, ikhlas, tawakal.
Allah.. bahagianya rasa.






~mesej ucuk~





 Moga aku boleh la jadi “Telaga Di Bawah Gunung” nanti. Hehehe 

No comments:

Post a Comment