Galak!!
Gedix rr tuu!
Couple? Haram lah.
Err maaf saudara saudari cikeboom2, maksud saya..
Eleh, macam la aku tak tahu perangai kau tu macam mana. Keje
tuko laki je.
(koma 5 minit)
Maaf saudara saudari cikeboom2, when I speak, you listen, listen,
listen. (terketawa)
Sebenarnya yang aku maksudkan tu ialah AKU RINDU ILMU ALLAH.
KENAPA??
Let me story to you lah ye, dulu aku ada kawan. Ramai nih,kawan-kawan.
Tapi dalam ramai-ramai tu ada la 2 3 orang yang suka kongsi nasihat, tegur aku,
kongsi ilmu agama. That why aku sayang diorang lebih (as a friends lah nokkk).
Aku
ni an jenis dok bilik je. Pasti makhluk-makhluk diluar sana (luar rumah)
merindukan aku yang ceria ni (pandang atas sambiil sengih). Dunia aku, hanyalah
sebuah bilik, sebuah laptop serta broadband (dah arwah). Dari benda-benda ni
aku merantau keluar dari kawasan jajahan (bilik) aku. Aku dapat ilmu, aku dapat
kawan, aku dapat kekasih (hok alohh), aku dapat semualah, benda-benda maya ni. Bukan
salah pun kalau layan maya (bukan nama sebennar) ni, Cuma kena bijak guna la. Cari
benda berfaedah. Aku ni, nak kata baik sangat pun tidak, nak kata jahat, itu
sudah pasti la. Sejahat-jahat aku, takda la menimbulkan masalah pada kucing,
anjing mahupun ikan jerung (hok..hok..hok)
Kembali pada story, sesungguhnya aku tak mengerti, mengapa insan-insan
ini meninggalkan aku. Kadang-kadang aku terfikir jugak, adakah niat aku salah? Niat
mereka salah? Atau niat kami salah? Dan mengapa yang baik itu harus diakhiri dengan
rasa kecewa, sakit hati, jangan coba merayu lagi dll.??
Sahabatku, aku
mencintai kamu kerana ilmu yang ada pada mu. Maka bimbinglah aku yang ala-ala
lalang dipadang terbiar ni.
Ya, aku sedar kok, niat aku itu ada yang salah. Aku
mengajak kalian ke arah maksiat (subhanAllah), jadi mengapa kalian tidak coba
menghalang aku? Antara kita, aku yakin kamu yang lebih kuat imannya, kamu yang
lebih banyak ilmunya. Tapi mengapa perkara itu harus terjadi. Aku sangat sayang
akan hubungan itu. Mencari sahabat yang boleh memimpin sangat sukar bagi aku. Terpaksa
tebalkan muka tembam aku semata-mata ingin bersahabat dengan kalian. Sukar,
sangat sukar bagi orang yang muka nonsense macam aku.
Allah itu Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Dia gantikan
permegian kamu dengan sahabat baru. Maka berulang-ulang dan ulang lagi lah
perkara yang sama. Aku sedih kok. Tapi tak pernah putus asa. Aku tahu
Doa aku sentiasa untuk sahabatku. Meski kamu
membenci aku, walaupun kamu tak hingin lagi nak berkawan dengan aku. Aku redha
ya Allah. Semuanya datang dari-Mu, maka Engkau berhak menarik balik nikmat itu.
(kesat-kesat hingus kat tuala)