Bila rasa RINDU itu datang lagi (update baru)

#Sila baca post ni sambil dengar lagu ni <~~ (klik la)



Galak!!
Gedix rr tuu!
Couple? Haram lah.

Err maaf saudara saudari cikeboom2, maksud saya..

Eleh, macam la aku tak tahu perangai kau tu macam mana. Keje tuko laki je.

(koma 5 minit)

Maaf saudara saudari cikeboom2, when I speak, you listen, listen, listen. (terketawa)
Sebenarnya yang aku maksudkan tu ialah AKU RINDU ILMU ALLAH.

KENAPA??

Let me story to you lah ye, dulu aku ada kawan. Ramai nih,kawan-kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu ada la 2 3 orang yang suka kongsi nasihat, tegur aku, kongsi ilmu agama. That why aku sayang diorang lebih (as a friends lah nokkk).
Aku ni an jenis dok bilik je. Pasti makhluk-makhluk diluar sana (luar rumah) merindukan aku yang ceria ni (pandang atas sambiil sengih). Dunia aku, hanyalah sebuah bilik, sebuah laptop serta broadband (dah arwah). Dari benda-benda ni aku merantau keluar dari kawasan jajahan (bilik) aku. Aku dapat ilmu, aku dapat kawan, aku dapat kekasih (hok alohh), aku dapat semualah, benda-benda maya ni. Bukan salah pun kalau layan maya (bukan nama sebennar) ni, Cuma kena bijak guna la. Cari benda berfaedah. Aku ni, nak kata baik sangat pun tidak, nak kata jahat, itu sudah pasti la. Sejahat-jahat aku, takda la menimbulkan masalah pada kucing, anjing mahupun ikan jerung (hok..hok..hok)

Kembali pada story, sesungguhnya aku tak mengerti, mengapa insan-insan ini meninggalkan aku. Kadang-kadang aku terfikir jugak, adakah niat aku salah? Niat mereka salah? Atau niat kami salah? Dan mengapa yang baik itu harus diakhiri dengan rasa kecewa, sakit hati, jangan coba merayu lagi dll.?? 
Sahabatku, aku mencintai kamu kerana ilmu yang ada pada mu. Maka bimbinglah aku yang ala-ala lalang dipadang terbiar ni. 
Ya, aku sedar kok, niat aku itu ada yang salah. Aku mengajak kalian ke arah maksiat (subhanAllah), jadi mengapa kalian tidak coba menghalang aku? Antara kita, aku yakin kamu yang lebih kuat imannya, kamu yang lebih banyak ilmunya. Tapi mengapa perkara itu harus terjadi. Aku sangat sayang akan hubungan itu. Mencari sahabat yang boleh memimpin sangat sukar bagi aku. Terpaksa tebalkan muka tembam aku semata-mata ingin bersahabat dengan kalian. Sukar, sangat sukar bagi orang yang muka nonsense macam aku.

Allah itu Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Dia gantikan permegian kamu dengan sahabat baru. Maka berulang-ulang dan ulang lagi lah perkara yang sama. Aku sedih kok. Tapi tak pernah putus asa. Aku tahu




Doa aku sentiasa untuk sahabatku. Meski kamu membenci aku, walaupun kamu tak hingin lagi nak berkawan dengan aku. Aku redha ya Allah. Semuanya datang dari-Mu, maka Engkau berhak menarik balik nikmat itu. (kesat-kesat hingus kat tuala)

2 comments:

  1. berdoa pada Ilahi,
    InsyaAllah kamu pasti dicari..
    jagalah Allah SWT,
    Allah SWT pasti menjagamu wahai wanita solehah..
    usah bimbang kerana cinta Allah itu pasti ada..
    dekatkan diri pada Ilahi,
    pasti cinta kamu temui..

    Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu

    ReplyDelete