Drama tak laku


Assalammualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk bertaubat hari ini. Segeralah bertaubat ye. Tak rugi pun.




Drama


Drama merupakan satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan. Ia berasal dari perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan", dari bahasa Yunani Purba δράω), "membuat".Ini apa yang aku dapat dari Google. Drama dalam hidup aku; dah nak masuk 21. Bukan episod, tapi tahun.





Suka Scha


WATAK UTAMA (Heroin)

Dah tentu la tuan empunya badan ni. 20 tahun jadi heroin. Heroin bermasalah. Haha. Sampai saat ni masalah dia tak selesai dan makin bertambah. Layak ke dapat anugerah heroin paling sabar nanti? Merapu je.






WATAK PROTAGONIS (Hero)

Wah, suka rambut Jehan cam ginih!

Sudah tentu yang wanita/gadis tertunggu-tunggu siapa hero kan jika menonton drama. Kena pulak yang heronya tu nsem, tinggi, manis, kacak, baik hati. Lagi melekatlah dagu di kusyen depan TV tu. 

Hero drama aku? Masih belum jumpa muncul.


Jika GD, aku rela...
WATAK ANTAGONIS

Watak ni aku suka. Kerana dia sangat menguji sifat aku. Nak-nak bilangan dia sampai tak terkira. Punyalah ramai nak jadi penentang sampaikan kadang-kadang ahli keluarga sendiri. Selalunya dalam drama, watak gini last-last mesti dia insaf. Macam tak menarik kan. Aku nak watak antagonis dalam drama aku, dia tak insaf, terus ninggal je. *Kijam*





WATAK PIPIH

Paling susah nak jumpa tapi paling ramai aku ada. Haha. Faham? Kebanyakannya dikalangan aku jugak. Serius. Sedih. Tikam belakang aku dengan pisau motong getah.






PELAKON TAMBAHAN
ayat manis je selalu
Dalam drama hidup kita pasti ada orang-orang yang tersangkut paut samada secara langsung atau tidak langsung. Ada yang muncul lepas diundang, ada yang muncul tanpa undangan. Yang takda pass tu yang aku tak berapa bekenan tu. Jika muncul menyelesaikan, aku sambut dengan senyuman tapi jika sebaliknya, aku selesaikan dengan cara aku sendiri.



LATAR BELAKANG

Sangat simple. Kampong, bilik tidur, asrama, politeknik dan tempat-tempat yang cam-best-je. Itu je dunia aku. Kecil pada pendengaran kasar tapi luas jika mengerti aku.






Hidup ini bagaikan pentas opera. Eh ternyanyi pulak tapi ye lah itulah yang aku nak katakan. Manusia penuh dengan lakonan. Masing-masing nak rebut takhta DRAMA KING/DRAMA QUEEN yang kadang-kadang takda nilai pun pada Allah. Masa aku terbuang banyak, melayan lakonan ini. Melangkahnya keluar aku dari daerah ini, drama baru akan bermula. Moga kali ini Allah redha. Aminn..



No comments:

Post a Comment