Assalammualaikum..
Nak share post dari seseorang.
BISMILLAH HIRRAHMAN
NIRRAHIM..
Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang
pelacur...
Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan
yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang
dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang
menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai
lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang
rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik
kepadanya. Pemuda tersebut juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan
wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras
siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya
pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan
perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.
Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi
pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana
kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia
menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan. Ketika mereka di dalam bilik
yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh
melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu.
Tiba2 pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya.
Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan
dilakukannya. Wajahnya tiba2 menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada
Allah. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu tiba2 menjadi pucat lesi
tidak berdarah. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak
pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu
berusaha utk menenangkan pemuda tersebut.
Tetapi pemuda itu malah semakin pucat dan menggigil
ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada
ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan.
Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu
dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama
ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti
menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu
kenikmatan sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga
nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini
sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”
Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan
jelita itu lalu melangkah ke pintu.
Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia
terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah
didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila
berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan
seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona
kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di
mata pemuda itu.
Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air
mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu
membawa diri pulang ke kampong halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang
dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia
belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam
untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras
berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut.
Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak –banyaknya sebagai penebus
dosanya. Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan
beribadat kepada Allah SWT.
Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama
ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah
menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu
perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia
berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda
tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan
membimbingnya beribadat kepada Allah.
Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat
tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu
menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa
pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan
kepada Allah.
![]() |
Teringin sangat nak berpurdahnye... Harap dapat suami yang boleh bantu kearah itu lah. InsyaAllah... |
Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat
yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat
dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka
untuk doa dan zikirnya.
Dari pernikahan dengan ahli ibadat itu, perempuan bekas
pelacur itu melahirkan ramai anak2 yang semuannya diangkat Allah menjadi nabi.
Dari rahim perempuan itu, kini berisi kalimat2 thayyibah telah melahirkan
manusia2 mulia yang dipilih Allah sebagai nabinya.
Ini adalah kisah kisah benar yang terjadi kepada umat
terdahulu. Menjelaskan kepada kita bahawa sebesar mana sekalipun dosa seseorang
itu jika dia benar2 bertaubat dengan bersungguh seperti perempuan itu maka
Allah akan menerima orang itu dengan penuh pengampunan dan kasih sayang. Bahkan
Allah tetap memuliakan hamba-hambanya yang sedia bertaubat kepada-Nya.
Terima kasih pada orang yang share cerita ni.
Terima kasih pada orang yang share cerita ni.
No comments:
Post a Comment