Baju tu dah buat hati aku berbunga balik

Assalammualaiku semua. Semua? haha


Mesti ada yang dah tahu, baru nak tahu, tak pernah tahu atau tak nak pun ambik tahu, bahawa satu masa dahulu [tak la dulu sangat] aku pernah padamkan niat aku untuk bernikah awal [tersembur air oren..]. setelah beberapa ketika, aku belek-belek balik folder dalam laptop aku, aku jumpa 1 gambar yang sweet ni. Cantik sangat baju dia. Baju apa? Baju pengantin hehehe.. aku pun try search kot ada banyak lagi tapi sayang, tak jumpa.

Hah.. someone someone


Sebab apa yang tak jumpa tu? Mula-mula aku ingat diorang ni orang Indonesia. Cara pakaian diorang ni more to Indonesian la tambah-tambah yang pengantin pompuan tu. Ok, kucing aku tengah tarik-tarik kain aku, mintak nak disepak ke? Abaikan.

Ntah camna la semalam aku search jumpa 1 gambar lagi yang baju dia ala-ala macam yang aku suka tu. Jejak punya jejak rupanya itu pakaian pengantin Chinese Muslim. Meleleh-leleh peluh aku tengok. Dah la model laki tu macam [pandang orang sebelah] oh takda sapa. Wekk..

So, disebabkan gambar tu, aku berbunga-bungakan la balik hati aku nak kawen. Itu je keja aku. Berangan-berangan-berangan. Dia pon suka berangan [pandang orang sebelah]. Yang mana kenal aku tu, korang rasa ok tak kalau aku jadi ‘wanita’ sikit? Pakai baju camni hohohoho.. yang kenal aku je jawap, yang tak kenal tu tepuk tangan sudah. 



Ok thank you.

~Sebelah aku takda orang pon~


No comments:

Post a Comment