Lollipop takleh makan

Salam, hai. Selamat hujung bulan. Saya tengah ‘sedap’ layan internet ni. Tapi yang tak sukanya, sedap-sedap layan tiba-tiba line limited. Hampeh la.. nak-nak masa u’sya barang baekkk~~ dah la pagi tadi buka FB tak boleh. Masuk password 2 3 kali, tak boleh login jugak. Anak sapa pulak hack FB aku? Mula la nak bebai bagai […].

LG Lollipop..




Shomel syh. Ni kalau aku orang kaya, nak je aku beli bagi kat sepupu-sepupu,kawan-kawan aku yang shomel tu. Nak-nak Yana lak pakai an, dah la macam mudak Korea muehehehe. Yana, Tina boleh bayangkan bertapa cutenya anda bila jawap call bebeh pakai hp tu :p

Tadi member cakap harga Lollipop ni Rm550 for lollipop 1. Rm700 for u lollipop 2. Rm800 for lollipop 3.
Korang nak tahu macam mana design Lollipop 1 2 & 3 tu silalah google sendiri ye. Makcik agak malas nak google harini. Pastu dia kata kalau nak, kena tunggu LG Shop tu order dari Korea dulu. Mak ai, rasa macam nak p Korea sekarang je, beli-beli and then balik kampung dok dalam bilik senyap-senyap, belek hp sampai mimpi. Kat Malaysia nape susah sangat nak ada? Kat Indon bersepah kot (yeke?)

Sesungguhnya, benda yang aku nak memang kadang-kadang susah nak wujud. Apesal eh. Taste apa aku ni? Rasanya takde la pelik sangat setakat hp LG harga under 2000 tu. Kalau dulu ye la, nak Xperia Z la, Note II la, Note I la, tapi yang ni, mudah dan sempoi, tapi tak dapat jugak. Nak nanges bawah katil je rasa.

Kenapa yang minat sangat hp tu? Macam hp budak-budak je?

Dah aku pun budak-budak an, kena la ngan aku. Ish.. bukan lah. Dulu mama aku guna hp flip. Tahu saja la mama aku, hp dia mana boleh pegang lama-lama nanti dia bebel macam la aku nak curik. Aku sempat guna pun tak sampai sebulan tu pun lepas buat pertukaran hp dengan dia. Hp tu dah nazak sangat dah. Jenama Samsung. Perasan Korea la kejap masa tu. Kejap je la. pastu bateri habis lak. Oh, mau tak habis, aku bawak g Kelantan, charger dia aku tak bawak haha. Mangkuk betoi. Sekarang hp tu tak tahu dok mana. Ayah aku kalau simpan barang, tobat nak jumpa. Kadang-kadang dia sendiri pun cari tak jumpa. Sapa-sapa rasa nak harta meradak dia disimpan hingga tak dapat dikesan boleh la upah ayah aku simpan. Hihi…


Alang-alang line dah laju aku nak g sambung u’sya hp jap. Macam laaa u’sya-u’sya trus boleh dapat kan.. hahaaa bye-bye.



Ni lain-lain brand yang ada dipasaran. Ntah ada lagi ke tak pun tak tahu la. ritu jumpa kat Wakaf CheYeh tapi tak beli. Mangkuk sangat~~







Ini link kalau korang nak tambahkan kejulingan mata k..


SAWIT KAN KAWAN-KAWAN...

6 comments:

  1. Tak rase mahal ke RM500~RM800 tu? Kalu ambik smartphone pon dpt dah harga tu.

    ReplyDelete
  2. lepas ni mkin rmai la peminat dia, dah nmpk comel pkai korean style flipped phone..

    ReplyDelete
  3. awak beli kat ne

    ReplyDelete