"Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan"
Dah cukup bosan layan benda 4 tahun lepas tapi buat macam benda tu jadi 4 jam lepas.
Dia ada Allah, ya benar. Tapi adakah dia lupa aku juga ada Allah, tuhan yang sama dengannya.
Bukan nak kata diri ini baik atau alim, tapi nasihat menasihati perkara benar itu bukankah tanggungjawab seorang muslim? Tapi awas, nasihat dengan berhemah, bukan dengan cara membuka aib seseorang dan menulis/menyebarkannya di laman sosial. Biar menulis di blog tanpa meletakkan nama dari tulis diwall atau ruang komen yang dah sah-sah orang tahu siapa dia.
Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"
No comments:
Post a Comment