Salam, awek-awek perasan cantik dan jejaka-jejaka konon hot-kipas-kipas.Mari mulakan pagi anda dengan bebelan aku selepas mengucapkan rasa bersyukur kerana masih lagi bernyawa-nyawa ikan pagi ni. ^_^
Hmm dah kata dah, Islam itu indah. Islam jaga umat dia. Nak berhias boleh tapi ikut panduan la (Islam). Masa hidup memang la cantik cat-cat rambut, cat-cat kuku. Kalau tahu bila nak meninggal takpe. Kalau meninggal mengejut? Cat tak sempat buang. Taubat tak sempat. Macam mana? Kesian sangat dengar bila mayat terpaksa dibotakkan kepala sebab rambut dia ada cat uhh. Kuku kena cabut sebab saja-saja letak cat warna-warni. Tu belum disimpan lagi, dah seksa. Masa letak cat tu, tak sakit pun kan? Sebab tu kata benda tu tak memudaratkan diri serta keluarga anda pun. Tapi dah meninggal macam mana pulak. Mandi jenazah tu orang buat lemah lembut je takut jenazah sakit. Ini cabut kuku. Allah… takat tersadung kaki kat bucu meja pun satu kampung dengar suara kita jerit, ini cabut kuku. Nak buat apa pun, sila fikir dahulu okey.
No comments:
Post a Comment